Sekalipun negara masih belum bebas dari pendemik Covid-19, sambutan kemerdekaan dalam kalangan pemandu kenderaan tidak seharusnya terbatas.
GOJO ASIA, sebuah syarikat E-hailing terbaharu di Malaysia melancarkan Kempen “Merdeka Spirit Unites Malaysian Despite Social Distancing” dengan pemberian jalur gemilang kepada 3,000 pemandunya.
Menurut Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Kumpulan GOJO, Pradeep Kumar, pihaknya sentiasa menitikberatkan faktor keselamatan dalam kalangan pemandu dan penumpang yang menggunakan perkhidmatan itu.
Pada kempen sama, pemberian pelitup separuh muka turut diberi kepada pemandu.
Original article source: http://www.onenews.my/gojo-asia-lancar-kempen-merdeka-spirit-unites-despite-social-distancing/